Jawatan TPM Bukan Keutamaan, Fokus Keperluan Rakyat Dan Negara – Mustapa Kamal

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Ketua Pennerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff berkata, tiada keperluan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri pada masa kini memandangkan terdapat banyak perkara lain berkaitan rakyat dan negara perlu diutamakan.

Jelas beliau yang juga ketua UMNO Bahagian Seputeh, tidak perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut memandangkan fokus yang lebih penting adalah menguruskan ekonomi negara dan rakyat.

“Perdana Menteri perlu fokus kepada permasalahan rakyat dan menaikkan ekonomi negara. Ini jauh lebih penting daripada memikirkan siapa perlu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Rakyat sebenarnya sudah muak dengan isu remeh berkaitan politik. Kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh diisi selepas pilihan raya. Tanpa Timbalan Perdana Menteri pun, pentadbiran negara berjalan dengan baik. Jadi, tidak perlu mendesak Perdana Menteri untuk isi kekosongan itu,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Mustapa turut menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama menyokong usaha Perdana Menteri dalam menguruskan negara terutama menstabilkan harga barang keperluan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.