Semarakkan Lagi Pelbagai Program Menjelang PRU-15, Lancarkan Kesiapsiagaan – Sharkar

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kesiapsiagaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dilihat satu aspek penting dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan.

Boleh dikatakan di setiap bahagian usaha berkenaan telah dilakukan serta dirancang dengan teliti oleh pimpinan serta jentera setempat dalam usaha melicinkan gerak kerja nanti.

Begitu juga di Temerloh apabila Program Gelombang Biru JR 2.0 Parlimen berkenaan yang dilancarkan okeh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad menerusi Google Meet semalam.

Ketua UMNO bahagian yang juga Penyelaras BN Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin turut menyemarakkan program tersebut apabila bersama -sama menjayakannya.

“Memenuhi jemputan ke Program Gelombang Biru JR 2.0 Parlimen Temerloh di Dewan Orang Ramai Lanchang. Seramai 1257 orang petugas JR siapsiaga untuk mengharungi pilihan raya yang bakal menjelang.

“Perasmian dijalankan melalui aplikasi Google Meet oleh Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi yang merupakan Ketua Wanita UMNO Malaysia yang tidak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau seterusnya percaya usaha dan pengisian program seumpama itu sudah pasti akan menyemarakkan lagi usaha yang telah dilaksanakan pelbagai jentera setempat dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan nanti.

Turut hadir pada program berkenaan Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shah Headan Ayoob Shah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan Datuk Nor Azmi Mat Ludin, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Anuar Yunus, Senator Datuk Juhanis Abd Aziz, Ketua Pemuda Azril Rizal Yusof dan Ketua Puteri Nurul Aslina Saman.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.