UMNO Juarai Isu Rakyat, Parti Jadi Harapan Semua Untuk Kebajikan, Masa Depan – Gulam Muszaffar

KUALA LUMPUR, 28 Julai – UMNO perlu terus menjuarai isu rakyat termasuk mereka yang berlainan bangsa meskipun UMNO ialah parti yang berteraskan Melayu.

Demikian kata kata Setiausaha UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim yang menekankan bahawa pengundi kini lebih berminat untuk mengetahui berkenaan isu asas ataupun isu fundamental yang merangkumi pendidikan, hak asasi dan sebagainya.

“So, bagi kita di wilayah persekutuan, penduduk dah tak fikir sebenarnya tentang isu pembangunan. Yang mereka mahukan isu fundamental, tentang pendidikan, tentang affair treatment semasa. Maksudnya daripada segi perniagaan, peluang perniagaan daripada jenis mereka punya human rights.

“Ini yang sebenarnya jadi intipati untuk kita UMNO within Wilayah Persekutuan. Kita kena ada satu sifat yang kita juga perlu menjuarai isu rakyat. Walaupun kita parti yang berteraskan Melayu, tetapi kita juga kena juarai isu bangsa-bangsa lain. So, bangsa Cina apa masalahnya, bangsa India apa masalahnya. Kita orang UMNO, menjaga kepentingan semua bangsa,” katanya semasa sesi wawancara secara di Facebook UMNO Online pada Selasa.

Menurut Gulam Muszaffar, pengundi wilayah khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mereka mahu melihat siapa yang mereka boleh harapkan untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Sebab itu kalau kita main sentimen agama, kita main sentimen perkauman di Wilayah Persekutuan ini, dia tak jadi apa. Sebab bagi mereka, this is something yang bukannya perlu kita perjuangkan dalam konteks politik.

“Yang dia nak tengok, siapa yang mereka boleh harapkan. Siapa yang mereka boleh tengok yang mereka rasa, oh this is right person. Dan UMNO perlu terus ke depan. Pemimpin-pemimpin UMNO sepatutnya berada di hadapan waima siapa pun di belakang mereka, bangsa apa pun di belakang mereka sebab when it comes for the cause of the people’s benefit and welfare, kita UMNO kena tunjukkan yang kita adalah cakna kepada rakyat,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.