Kerajaan PH Selangor Lebih Minat Bina Rumah ‘Mampu Tengok’ – Amin Shukor

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor lebih berminat kepada pembinaan rumah ‘mampu tengok’ dan nilai komersialnya yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Amin Shukor menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, jika ada pun, ianya hanya sekadar projek cukup syarat bagi mengaburi mata rakyat.

“Saya bersama barisan wakil delegasi kepimpinan Pemuda Selangor berkunjung hormat ke PRiMA bertujuan untuk merungkai permasalah berkaitan isu pemilikan rumah pertama khususnya bagi anak-anak muda. Usaha proaktif kunjung hormat ini diadakan ekoran sikap kerajaan PH Selangor melalui agensi bertanggungjawab seperti PKNS yang sudah tidak lagi fokus kepada usaha pemilikan rumah mampu milik untuk rakyat.

“Isu yg membelenggu anak-anak muda terhadap pemilikan rumah pertama ini amat serius sekali di Selangor. Perkara ini bukan semata-mata berkait rapat dengan soal kemampuan ekonomi kendiri anak muda itu sendiri malahan ada beberapa polisi asas kerajaan negeri yang dilihat tidak serius dan tidak friendly anak muda bagi diselesaikan perkara ini,” katanya.

Tambah beliau, sebagai kerajaan yang mentadbir polisi serta pelaksanaan bagi tujuan membantu rakyat itu perlu lebih ‘ikhlas’, efisyen dan realistik dalam melaksana.

“Kerajaan Pakatan Harapa (PH) Selangor tidak perlu mempertonton pelan-pelan tindakan yang hanya bersifat ‘Retorik kosmetik’ dan hanya cantik di atas kertas pembentangan sahaja seperti yang sedang ditunjukkan mereka pada kebanyakan jelajah-jelajah yang sedang diadakan sekarang ini.

“Sahabat-sahabat delegasi juga amat serius mengutarakan beberapa perkara asas berkaitan hal ini, serta kita cuba mencari alternatif terbaik bagi menyelesaikan perkara ini.

“Ini bukan isu politik ataupun isu perkauman, tetapi ianya adalah isu fundamental rakyat khususnya keperluan anak muda kini yang perlu diambil berat oleh mana-mana kerajaan yang mentadbir. Insya Allah BN Selangor akan lebih bersiap sedia sebagai bakal kerajaan yang mentadbir,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.