UMNO Terus Jadi Pilihan Untuk Perjuangan, Bahagian Papar Raikan 400 Keahlian Baharu

PAPAR, 25 Julai – UMNO terus menjadi pilihan sebagai platform perjuangan sebagaimana kemasukan seramai 400 orang dalam penambahan ahli baharu di PDM Labak Kinarut, Bahagian Papar di sini.

Ketua Bahagiannya, Datuk Jamal Nerubi yang menerima kemasukan ahli-ahli baharu terbabit mengalu-alukan penyertaan dan yakin bahawa pertambahan anggota baharu UMNO akan menyemarakkan perjuangan parti.

“Alhamdulillah. Dimaklumkan bahawa ada penambahan kemasukan ahli UMNO seramai 400 orang dan kini diwujudkan PDM Labak Kinarut yang mempunyai lapan Cawangan untuk menggiatkan gerak kerja UMNO di sini,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam hal ini, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada jentera parti yang terus proaktif dalam menambah bilangan penyokong dan pengundi parti menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Sememangnya di peringkat UMNO Bahagian ini, kami amat mengalu-alukan orang ramai yang hendak menyertai UMNO apatah lagi mereka yang bersemangat untuk bersama-sama dalam melaksanakan gerak kerja sebagai jentera parti.

“Kami menghargai kesungguhan semua yang mahu kembali memperkasakan UMNO dan kemudiannya memberi sumbangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU nanti,” katanya lagi.

Terdahulu Jamal telah merasmikan PDM UMNO Kampung Labak Kinarut sebagai antara gerak kerja siap siaga menjelang PRU-15. Turut hadir Hasrul Awang Tuah selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Papar dan Umie Jamal selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Papar. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.