Usaha Kerajaan Laksana Jualan Keluarga Malaysia Bawa Manfaat Kepada Rakyat – Zahidi

PADANG BESAR, 24 Julai – Ahli Parliman Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengalu-alukan usaha kerajaan dengan mewujudkan program Jualan Keluarga Malaysia bagi membantu rakyat luar bandar menangani kos sara hidup.

Katanya, harga yang ditawarkan begitu murah dan ini ternyata membawa manfaat kepada rakyat khususnya bagi penduduk luar bandar terutama di Padang Besar.

“Jualan Keluarga Malaysia ini adalah satu program usaha oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bantu rakyat dalam kurangkan kos sara hidup.

“Hari ini kita lihat usaha kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu agro bazar supaya penduduk perlis ini dapat beli dengan harga yang murah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Mini Market Semadong AgroBazaar Rakyat di Beseri yang turut dihadiri Ahli Undangan Negeri, Ruzaini Rais.

Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata beliau akan bertemu dengan Kementerian Luar Bandar (KPLB) untuk mengadakan program seumpama ini bagi menfokuskan penduduk luar bandar dengan kerjasama agensi berkaitan.

“Kalau boleh diadakan termasuk usaha sama dengan agensi kerajaan terlibat contohnya Felcra, Risda, koperasi pertanian dan sebagainya sebab tubuh macam-macam jawatankuasa tetapi yang menyekat barangan murah ini adalah cukai.

“Contoh import beras kita kena bayar pada Bernas dan kerajaan 40 peratus jadi untuk orang miskin lebih kurang 2 juta pekebun kecil getah, petani, penternak, nelayan termasuk bekas tentera perlu mendapatkan bekalan yang murah

“Jadi untuk golongan ini kalau boleh diharapkan janganlah kerajaan ambik cukai bagilah permit gula, tepung, beras dan sebagainya jadi dapatlah harga murah untuk bantu mereka kurangkan kos sara hidup,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Sa’adah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.