Puteri UMNO Kecam Tindakan Keganasan Terhadap Kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan keganasan terhadap kanak kanak dan insan tidak bermaya.

“Satu lagi kes penderaan terhadap kanak kanak, kali ini penjaga mendera anak angkat.

“Syabas atas tindakan berani pekerja dan rakan-rakan lain merakam bukti dan buat laporan polis.

“Diharap si pelaku didakwa segera dan mendapat hukuman yang maksimum,” tegas Ketuanya Datuk Zahida Zarik Khan dalam satu lontaran di Facebooknya.

Terdahulu, tular satu video yang memapar seorang wanita mendera seorang kanak-kanak.

Semalam, pihak polis memaklumkan wanita dan pasangannya telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Justeru, Zahida menggesa agar pihak yang berkaitan dapat menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.