Khidmat Kepada Rakyat… Inilah Kehebatan UMNO/BN – Amin Shukor

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Secara realitinya, kehebatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ialah sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama berhubung kepentingan dan kebajikan mereka, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Amin Mohd Shukor.

Jelasnya, perkara ini berlaku adalah disebabkan parti ini ialah parti yang bertunjangkan akar umbi dan sentiasa memahami kehendak mereka.

 

“Jika kita lihat di Selangor semasa banjir tempohari, antara terawal yang turun bukan menteri besar. Yang terawal turun ialah kita punya jentera di bahagian masing-masing, Parlimen masing-masing baik ketua pemuda cawangan, ketua puteri, ketua wanita, jentera sayap-sayap dan ketua cawangan. Mereka ini yang lebih awal turun membantu.

“Sebab apa? Sebab kita punya natijah, UMNO dan BN ini adalah servis,” katanya semasa sesi wawancara secara langsung di Facebook UMNO Online, malam tadi.

Mengulas mengenai gerak kerja menuju ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Amin berkata ia sedang disusun di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dengan pengundi dan rakyat menjadi sasaran utama.

“Yang saya boleh katakan kita lebih menjurus kepada rakyat. Maknanya kita go through micro-managed. Memang kadang-kadang dia nampak kita macam ada, macam tiada tapi itu lebih baik nampak macam tiada tapi ada banding mereka.

“Gerak-gerak kerja sedang disusun di peringkat DUN dan Parlimen, dan pastinya yang lebih penting, kita punya fokus adalah pengundi dan rakyat itu sendiri.

“Selepas tiga kali kekalahan kita dalam PRU, saya tak nafikan sebab UMNO/BN ni bukanlah sempurna sangat. Tetapi berdasarkan ketidaksempurnaan yang kita ada ni, kita dah susun kembali kepentingan kita supaya yang penting, waima manifesto yang kita keluarkan nanti semuanya fokus kepada rakyat 100 peratus,” katanya.

Amin turut berkata, itu adalah perkara yang sedang dirangka di Selangor dan bakal ada element of surprise yang akan dilakukan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.