Ikrar Jentera UMNO Bagan Datuk Beri Kemenangan PRU-15

BENTONG, 17 Julai – Jentera UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini melaksanakan kursus bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berlangsung selama tiga hari di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) Janda Baik, Bentong bermula Jumaat ianya dihadiri oleh kesemua jentera termasuk kepimpinan bahagian.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada tengah hari tadi juga hadir dan berkesempatan dalam menyampaikan amanat beliau sebagai penutup kursus ini.

Jentera yang hadir malah meluahkan ikrar mereka bagi mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dan Hutan Melintang yang dimenangi pada PRU14 untuk menyumbang kepada pembentukan kerajaan Persekutuan dan negeri.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata perpaduan dalam kalangan ahli parti harus dijaga kerana ianya merupakan kunci utama untuk memastikan memenangi PRU15 sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang kukuh. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.