Keprihatinan Kerajaan Terhadap Warga Felda Berterusan – Sharkar

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin melihat pelbagai inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan sempena hari peneroka adalah gambaran kepada keprihatinan kepada warga berkenaan.

Beliau yang turut sama memeriahkan sambutan hari peneroka yang diadakan di Bera semalam seterusnya percaya kebajikan terhadap warga Felda akan berterusan.

“Bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan rakan-rakan Exco Kerajaan Negeri mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ke Majlis Sambutan Hari Peneroka FELDA 2022 bertempat di Felda Rentam, Bera.

“Dalam ucaptama Perdana Menteri, beliau telah mengumumkan pelbagai inisiatif dalam memberi lebih banyak kemudahan kepada peneroka seterusnya memajukan lagi Felda di masa hadapan.

“Sempena ulang tahun ke-66 penubuhan Felda tahun ini, Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan khas pembangunan RM66,000 kepada semua 317 rancangan di seluruh Malaysi,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Sambutan hari Peneroka  2022 diadakan dua hari lalu di Bera Pahang.

Sharkar yang juga Ketua UMNO bahagian Temerloh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang turut melahirkan penghargaan terhadap anak watan Felda Bukit Damar yang terpilih sebagai Penerokanita Felda.

“Lebih mambanggakan saya, apabila anak watan Felda Bukit Damar, Puan Hajah Zaleha Shukur dinobatkan sebagai Tokoh Penerokanita Felda Tahun 2022,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.