Jangan Mudah Terperangkap Usaha Pecahbelahkan UMNO – Najmil

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris berharap ahli parti tidak mudah termakan dengan pelbagai dakyah yang cuba memecahbelahkan parti berkenaan.

Kata beliau suara-suara sumbang yang berlegar termasuklah kononnya hubungan di kalangan pimpinan makin longgar adalah tidak berasas sama sekali.

“Banyak suara sumbang yang sibuk menjaja cerita kononnya hubungan antara Presiden UMNO dan Perdana Menteri semakin tegang.Suara sumbang itu mengatakan Datuk Seri Ismail Sabri perlu dikenakan tindakan parti sekiranya UMNO gagal meminda perlembagaan untuk menangguh pemilihan.

“Dulu mereka fitnah Perdana Menteri menjadi agen PPBM. Hari ini mereka cuba pecah belahkan UMNO lagi sekali dengan tuduhan yang tidak berasas. Sekarang ini diminta pula Perdana Menteri gunakan kuasanya supaya ROS segera luluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan. Apakah mereka ingat Perdana Menteri boleh gunakan kuasa sesuka hati,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kata beliau lagi kenyataan ini memberi gambaran UMNO adalah parti “above the law” iaitu mengatasi undang-undang negara.

“Rakyat sedang menilai. Imej UMNO di mata rakyat akan tercalar.Soal surat perjanjian antara PM dan Muhyiddin hanyalah untuk memperolehi jumlah majoriti yang cukup di parlimen dimana ianya tidak melibatkan parti-parti politik.

“Ahli UMNO di akar umbi perlu bijak menilai supaya tidak mudah terpengaruh dengan suara sumbang ini.Bukan sahaja mereka menyerang PM, dulu Presiden UMNO pun mereka serang sampai ada yang dipecat.

“Apa yang penting, UMNO perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan dan kita perlu rapatkan ukhwah seperti pemimpin kita di atas ini.” tambahnya- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.