Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara sinis menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan inflasi.

Jelas beliau apakah Datuk Seri Anwar tidak tahu bahawa inglasi adalah masalah terbesar dunia ketika ini ekoran pandemik serta perang yang berlaku antara Rusia dengan Ukrain.

“Macam Anwar tak tahu bahawa inflasi adalah masalah terbesar dunia pada ketika ini diakibatkan oleh gangguan rantaian bekalan akibat pandemik serta perang Russia-Ukraine.

“Kadar inflasi UK dan USA dah lebih 9% iaitu paling tinggi sejak 40 tahun lalu. Kadar inflasi Malaysia tak seteruk mereka sebab kita banyak memberi subsidi.

“Korang kata BN bersamaan dengan Barang Naik tapi BN tak ada pun di UK dan USA. Tapi yang paling menarik sekali ialah orang PH serang kerajaan tiap-tiap hari.

“Tak kompeten lah, korup, perkauman lah, tak mampu jaga harga barang lah. Menyusahkan Rakyat lah.Tapi bila disuruh tarik balik MOU, mereka tak nak. Masih mahu sokong kerajaan yang mereka kritik sebagai tak kompeten, perkauman, tak mampu jaga inflasi dan menyusahkan Rakyat,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kata beliau lagi pelbagai dakwaan dilontarkan terhadap kerajaan hari ini namun masih bermati-matian menyokong kerajaan melalui MOU.

“Suruh korang cancel MOU macam suruh korang menari dengan pontianak pula,” ujarnya.-UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.