Festival Putrajaya Cybergames 2022 Semarakkan Sokongan Anak Muda, UMNO Raikan Semua Lapisan

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya menggerakkan pelbagai inisiatif dalam mendampingi khalayak khususnya golongan muda termasuklan melaksanakan program e-sukan

Naib Ketuanya, Mohd Zushaidey Zulkifli memaklumkan Festival Putrajaya Cybergames 2022! akan merangkumi tiga judul permainan e-sukan iaitu Mobile Legends, PUBG Mobile & FIFA 22.

“Bukan itu sahaja, melalui platform yang disediakan, kami juga akan sediakan beberapa aktiviti ‘free to play’ iaitu bagi para pengunjung atau mereka yang tidak berdaftar namun masih boleh bersama merasakan pengalaman dan mengenali dunia e-sukan ini,” katanya kepada UMNO Online.

Ujarnya, program tersebut dilaksanakan sebagai mengisi ruang dan menyokong minat anak muda masa kini yang lebih tertumpu kepada teknologi.

“Kami melaksanakan program juga bagi menunjukkan kebersamaan kami dengan semua peringkat dan pelbagai lapisan masyarakat dengan mendepani masa hadapan yang penuh kepelbagaian informasi dan teknologi semasa.

“Kami aktif bukan hanya secara bersemuka tetapi pelaksanaan e-sukan ini adalah anatara bukti UMNO/BN tidak pernah mengenepikan mana-mana pihak termasuk anak muda ini supaya mereka faham kewujudan kami bukanlah politik semata-mata.”

Terangnya lagi, program e-sukan ini dianjur oleh Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya bersama Kelab Belia Inovatif Putrajaya (BIP) dan rakan kerjasama Koperasi Putrajaya Nasional (KOPNAS).

“Kami amat menghargai kerjasama yang dijalinkan malah festival sedemikian bukan pertama kali dilaksanakan sebaliknya ia adalah kesinambungan program yang dilaksanakan pada tahun 2020.

Lebih dari itu, katanya, festival yang akan dilaksana esok (Sabtu) turut menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM5,000. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.