PH Jahanamkan Negara, Makkal Sakti Buat Laporan Polis Terhadap Tun M Dan Tommy Thomas

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri R.S. Thanenthiran bersama Ahli Majlis Tertinggi partinya telah membuat satu laporan polis terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang telah menjahanamkan nama baik dan aset negara.

Menurutnya, kegagalan Pakatan Harapan (PH) yang sangat-sangat merugikan negara.

“Apabila Mahathir Kutty, Mantan Perdana Menteri Malaysia di bawah payung PH (Pakatan Hancing) melantik orang yang tidak betul menjadi peguam negara seperti Tommy Thomas… harta rakyat Malaysia dirampas akibat kegagalan PH.

“Aset negara kita sudah pun kena dirampas US$2 bilion (RM8.88 bilion) dan akan dirampas lagi US$12.92 bilion daripada US$14.92 bilion (RM66 bilion) yang kita kalah kes kepada pewaris Sulu,” katanya.

Dengan itu, Makkal Sakti Malaysia telah memberi kenyataan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat di Ibupejat Polis Daerah Dang Wangi, semalam untuk menjalankan siasatan dan mengambil semua tindakan yang perlu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.