Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia Beri Kelegaan Kepada Pelajar – Dr Najmil Faiz

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kerajaan mengambil inisiatif iaitu program Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia menerusi menu Keluarga Malaysia sebagai langkah menangani isu kenaikan kos sara hidup dalam kalangan penuntut universiti, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Jelasnya, tiada lagi istilah mahasiwa ikat perut dan berlapar hanya untuk berjimat.

“Menerusi Menu Keluarga Malaysia, mahasiswa dapat menikmati makanan berkualiti tinggi pada harga siling serendah RM3.50 untuk satu hidangan.

“Ini adalah ‘win win situation’ di mana pengusaha kafeteria di beri moratorium bayaran sewa selama enam bulan supaya harga makanan yang lebih rendah dapat diberikan kepada pelajar.

“Saya yakin ibu bapa pelajar turut lega dan senang hati kerana anak-anak mereka di universiti tidak terkesan dengan kenaikan harga makanan. Terima kasih Perdana Menteri  Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob dan Kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook berkaitan hal terbabit.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu turut mengimbau zaman menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga pernah belajar di United Kingdom (UK).

“Saya juga bekas pelajar dan pernah belajar di UK hampir 10 tahun dan selepas itu di UKM pula pada tahun 2019.

“Saya faham benar bagaimana sukarnya untuk ‘survive’ di universiti. Makan bercatu itu perkara biasa dan kerja sambilan itu juga biasa.

Tegasnya, tidak ada lagi kerajaan seprihatin kerajaan Keluarga Malaysia yang pimpin Perdana Menteri Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu, kerajaan memperkenalkan menu Keluarga Malaysia di restoran-restoran  koperasi dan kafetaria Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta mana-mana premis jualan makanan.

Usaha ini bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup bagi kalangan penuntut university. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.