Korban Perdana Ibu Pejabat UMNO Dan WTC Lancar, Presiden Dan Barisan Kepimpinan Meriahkan Suasana

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan pagi tadi pada majlis Korban Perdana Ibu Pejabat UMNO dan Pusat Dagangan Dunia (WTC) sempena Aidiladha 2022 di sini.

Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan serta barisan kepimpinan tertinggi lain turut sama memeriahkan suasana bersama seluruh kakitangan.

Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi melibatkan seluruh kakitangan Ibu Pejabat UMNO dan WTC.

Program berkenaan diadakan secara gotong-royong dan pengagihan dilakukan sejurus selesai majlis tersebut oleh Ahmad Zahid serta barisan kepimpinan UMNO yang lain sebagai simbolik awal pengagihan.

Dengan cuaca cerah, majlis berjalan lancar dalam keakraban di kalangan kakitangan terserlah apabila masing-masing mengambil bahagian melicinkan lagi program sempena Aidiladha 2022.

Majlis tahlil dan doa kesyukuran turut diadakan yang diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama para petugas serta seluruh kakitangan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.