Semua Parti Tolak Bersatu, Kini Mereka Cari Dahan Bergayut

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berpandangan semua parti sudah menolak Bersatu sepertimana Warisan, Pejuang dan Dap malah PKR juga mengambil pendirian yang sama.

Katanya, Bersatu hanya tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahu mencari dahan bergayut untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Tiada yang akan bekerjasama dengan Bersatu, mereka semua tahu kepada mana-mana pihak yang bekerja dengan Bersatu sudah pasti akan kena tikam dari belakang.

“Sekarang Bersatu akan hilang rakan PN (Perikatan Nasional), Pas sudah membuat keputusan untuk tidak menggunakan Logo PN dalam PRU-15. Tindakan Muhyddin ini tidak lain adalah untuk memalukan Pas demi Bersatu mendapat sokongan.

“Itulah Bersatu, parti yang tiada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Ulas Razlan, Bersatu sebagai parti kecil yang tinggal empat Ahli Parlimen asal sudah pasti Presidennya Tan Sri Muhyddin Yassin akan menggunakan strategik ugutan untuk memastikan Bersatu mempunyai kuasa.

“Kuasa ini digunakan untuk membesarkan parti mereka dengan kekayaan dan limpahan imbuhan untuk memancing rakyat,” katanya.

Jelasnya, semasa MKT UMNO membuat keputusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, diberikan ruang seluasnya kepada beliau untuk mencorakkan Kabinet dan parti akan memberi sokongan.

“Semasa MKT memberi mandat kepada Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) menyokong Tan Sri Muhyddin sebagai Perdana Menteri juga diberi persetujuan seluasnya untuk Muhyddin mencorakan Kabinet beliau sebebasnya.

“Ini dilakukan atas sebab mahu melihat kerajaan bebas bergerak untuk memastikan negara dapat ditadbir dengan penuh maruah demi rakyat,” ujarnya.

Namun tambahnya, apa yang dilakukan okeh Muhyddin di atas perjanjian demi perjanjian, ini menunjukkan keikhlasan parti itu memilih menjadi nasionalis atau sebagai parti yang berkepentingan demi kelompok mereka sahaja.

“Tuan Guru Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang – Presiden Pas) bukanlah pelupa, beliau mengakui ada dibincangkan namun tiada perjanjian dimuktamadkan, dan beliau juga mengatakan bahawa sekarang tiada keperluan untuk melantik disebabkan situasi rakyat yang terhimpit.

“Kata dua yang dilakukan oleh Bersatu ketika itu, sudah pasti membuat mana-mana pihak tersepit, tidak bersetuju, kerajaan akan jatuh, bersetuju pula akan membuat keadaan negara lebih rugi dan membuat rakyat marah.

“Muhyddin sudah semasa mentadbir negara, beliau gagal untuk membaca keadaan rakyat yang sedang sempit dihimpit kesusahan, beliau juga gagal membaca apa kehendak rakyat, sanggup melaksanakan darurat dan jelas tiada dapat dibanggakan sepanjang beliau menjadi Persana Menteri,” katanya.

Sekarang juga katanya Muhyddin gagal membaca kehendak rakyat dan tidak mempedulikan rakyat.

“Sekira Bersatu sebagai parti nasionalis, mereka tidak akan membangkitkan permintaan yang akan membuat rakyat meluat dengan Bersatu.

“Permintaan di waktu ini merupakan muslihat Muhyddin untuk memalukan kerajaan, muslihat untuk melemahkan kerajaan, sekira kerajaan melantik Timbalan Perdana Menteri di waktu ini, sudah pasti yang dipersalahkan adalah Perdana Menteri, itulah tujuan Bersatu. Licik sungguh permainan Bersatu ini,” bidasnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.