Malaysia Tidak Perlukan Karya Yang Langgar Sensitiviti Agama, Masyarakat Berbilang Kaum – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Malaysia tidak perlukan sebuah karya yang melanggar sensitiviti agama masyarakat berbilang kaum, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Demikian respon Ahmad Zahid mengenai video yang tular mengenai tindakan seorang wanita yang membuat persembahan di kelab komedi dengan beraksi menanggalkan tudung di atas pentas selepas mengaku diri muslim dan manghafal ayat al-Quran.

“Tiada apa yang berkualiti di sebalik persembahan seperti itu sekadar mengundang rasa kurang senang.

“Jika ada lagi karya seumpamanya elok dipadam sahaja dan carilah karya yang menarik untuk manfaat masyarakat,” tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam satu hantaran di Facebook.

Ulas Ahmad Zahid, Malaysia mengalu-alukan karya seni yang mampu memberi inspirasi kepada anggota masyarakat.

“Inspirasi untuk terus bersemangat dan bermotivasi dalam melangkahi arus kehidupan penuh cabaran.

“Malaysia mengalu-alukan karya seni yang dapat memberi ilham dan mencetus fikiran kepada kebaikan.

“Karya seni yang bukan sekadar menarik, tetapi dalamnya terkandung sentuhan murni yang amat berkesan.Sama ada karya yang berkualiti dalam bentuk penulisan, lakonan, nyanyian dan segala-galanya,” katanya. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.