Bantuan Barangan Elektronik Diperlukan, Ranhill Beri Sumbangan Peralatan Cuci Rumah

BALING, 8 Julai – UMNO Bahagian Kepala Batas mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Baling, menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Roslan Saidin.

Jelasnya, beliau yang mewakili Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah bersama kepimpinan menyampaikan barang-barang keperluan elektronik.

“Kita membawa bermacam-macam peralatan elektrik seperti dapur masak dan lain-lain… melihat barangan keperluan ini amat diperlukan malah kami mendapat makluman bahawa barang-barang seperti pakaian, minuman dan makanan sudah banyak jadi kami usahakan barang keperluan yang lain untuk diberikan pada mangsa banjir.

“UMNO Kepala Batas telah sedaya upaya menyediakan barang yang amat diperlukan oleh mangsa banjir dan sebelum ini pun kami telah memberikan keperluan elektrik dan seterusnya di masa-masa akan datang,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Dalam pada itu Ketua Komunikasi Korporat Ranhill Utilities Berhad, Mohd Zafaruddin Kamaruddin berkata pihaknyatelah menyediakan sumbangan peralatan mencuci rumah kepada penduduk Baling.

Katanya lagi,antara sumbangan yang diberikan ialah membersihkan rumah seperti alat pancutan air (water jet) berus, getah paip dan seterusnya akan menghantar tilam dan peralatan rumah.

“Pada masa kini pihak Ranhill telah menghantar sebuah loji rawatan air yang mudah alih dan sedang beroperasi di kampung Iboi. Loji ini dibawa khas oleh Ranhill untuk memproses air sungai menjadi air bersih dan boleh digunakan untuk mencuci rumah.

“Ranhill juga telah menghantar tiga lori tangki air kepada mangsa banjir. Ini adalah sumbangan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dari Ranhill dan bantuan ini akan berterusan bagi penduduk yang terjejas akibat banjir,” ujarnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.