Serah Pada Perdana Menteri Tentukan Tarikh Bubar Parlimen – Mahdzir

NILAI, 7 Julai – Tarikh pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukannya, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata ini kerana Ismail Sabri lebih mengetahui masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya, meskipun beliau turut mempunyai jawatan tinggi dalam UMNO.

“Kita serah pada Perdana Menteri (tarikh pembubaran Parlimen). Meskipun (saya) ada jawatan dalam parti tetapi pembubaran Parlimen seeloknya biarlah kita ajukan pada Perdana Menteri..saya fikir dia tahu masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Peruncitan Mara : Halmart di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media yang mengatakan lima kepemimpinan tertinggi UMNO belum duduk berbincang tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 meskipun ketetapan itu dikemukakan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Mac lepas. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.