Pemuda UMNO Telah Gerakkan Misi Bantuan Sejak Hari Pertama Kejadian Banjir – Hasmuni Hassan
BALING, 7 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Hasmuni Hassan berkata beliau telah menerima arahan dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk membantu mangsa banjir sejak hari pertama yang melanda di Parlimen Baling.
Ini kerana katanya ahli Pemuda dan sukarelawan skuad Sabil telah hadir datang membantu sejak hari pertama yang melanda banjir di Parlimen Baling.
“Pemuda UMNO Negeri Kedah telah menggerakkan sukarelawan skuad Sabil bagi membantu operasi pembersihan rumah yang berlaku pada hari pertama. Banjir ini surut dengan cepat.
“Hampir 50 peratus jentera Pemuda UMNO telah berada di Parlimen Baling ini bagi membantu mangsa banjir. Pemuda UMNO menfokuskan membersihkan rumah mangsa banjir dan lebih 10 buah rumah yang musnah akibat banjir ini dan lebih seribu buah rumah yang perlu operasi untuk membersihkan rumah.
“Setiap Pemuda UMNO di seluruh bahagian di negeri Kedah telah datang membantu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.
Seterusnya kata Hasmuni lagi UMNO sebuah parti yang utama dalam negara ini telah menggerakkan seluruh jentera agar dapat bantu dan memberi bantuan pada mangsa tersebut.
“Sebagai sebuah organisasi parti yang utama didalam negara akan berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat di dalam Parlimen Baling ini,” jelasnya.
Banjir lumpur yang melanda di Baling itu telah mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan selain 15 rumah musnah dihanyutkan arus deras. – UMNO Online
Oleh: Amin Adnan