Pelbagai Dakwaan Berkaitan Pemilihan PKR Bukan Perkara Baharu – Azhari

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari melihat apa yang berlaku dalam PKR berhubung pelbagai dakwaan mengenai keputusan pemilihan di dalam parti berkenaan bukanlah perkara yang baharu.

Sebaliknya jelas beliau ianya seolah-olah menjadi satu kelaziman apabila yang kalah mempersoalkan siatem undian selain pengendali yang menjalankan pemilihan tersebut.

“Sudah menjadi satu kelaziman untuk Parti PKR apabila yang kalah akan mempersoalkan sistem undian dan menyalahkan pengendali yang menjalankan undian.

“Sebelum ini juga mereka sering menggunakan alasan seperti ini sama ada dalam PRU yang lepas dan sebagainya. Tidak mustahil mereka akan gunakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Jika menang mereka akan puji SPR atau mahkamah. Kalau mereka kalah mereka akan melalak menyalahkan pelbagai pihak seperti wujudnya pengundi hantu, peti undi hilang, tempat kiraan undi ‘blackout’ dan macam-macam lagi mereka buat tuduhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Yang terkini tambah Azhari lagi, ayat yang mereka sering guna pula adalah ‘audit forensik’.

“Saya tidak faham dengan PKR ini apabila mempersoalkan sistem undian mereka sendiri dan tidak yakin dengan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mereka. Jika di dalam parti sendiri pun tidak yakin, bagaimana mereka semua ini nak menerajui negara?

“Kegagalan mereka memimpin negara terbukti gagal apabila PH yang memegang tapuk pimpinan di Malaysia hanya bertahan selama 22 bulan. Mereka bergaduh sesama sendiri sehinggakan kerajaan mereka runtuh.

“Sejak merekalah negara kita mengalami kemerosotan ekonomi kerana menteri-menteri dari PH tidak kompeten. Boleh rujuk data-data yang sering Datuk Seri Najib Razak keluarkan sebelum ini.”

Sehubungan itu, beliau harap rakyat tidak mengundi mereka dalam PRU-15 nanti.

“Negara Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang stabil agar dapat menyelesaikan masalah-masalah rakyat.Hanya Barisan Nasional (BN) pilihan terbaik,” tambahnya.

Memetik laporan, Farhash Wafa Salvador Murbarak yang bertanding jawatan naib presiden PKR mempersoal ketiadaan audit forensik bagi pengundian dalam talian (PAT), seperti yang dilakukan terhadap proses pengundian secara fizikal pemilihan PKR.

Katanya, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sepatutnya melakukan audit forensik terhadap pengundian secara fizikal dan PAT. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.