BKM: Isi Rumah Terima Tambahan RM100 – PM Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 22 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bantuan tunai tambahan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang.

Ismail Sabri berkata kerajaan mengambil keputusan manambah nilai BKM itu selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.

“Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM melibatkan tambahan RM630 juta,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Pada BKM Fasa 1 sebelum ini, setiap isi rumah B40 yang layak, menerima bantuan tunai RM400 manakala individu bujang menerima RM200 tiap seorang.

Dengan penambahan ini, bagi BKM Fasa 2 setiap isi rumah akan menerima sehingga RM500 manakala bujang menerima tambahan RM50 setiap seorang. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.