Apa Yang Terjadi Sebenarnya… SPRM Perlu Siasat Juga Latheefa Koya – Razlan

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berpandangan keterangan saksi dalam kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seharusnya bukanlah satu yang mengejutkan kepada Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau turut menyorot kembali salah satu artikel ketika Ketua SPRM disandang oleh ahli politik yang pertama, Latheefa Koya.

“Artikel dibawah ini ditulis pada 26 Jun 2019, pada waktu itu Latheefa Koya merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Beliau adalah penjawat awam yang memegang amanah untuk menjalankan siasatan ke atas kes UKSB.

“PH dalam kempennya dengan jelas mahukan rasuah di hapuskan tetapi menghasut rakyat dengan pelbagai tohmahan dan fitnah agar menolak BN kerana rasuah, namun apa yang terjadi ini amat menjijikkan apabila bahan kes menjadi dalam pengetahuan SPRM dan membenarkan rasuah lebih besar dilakukan oleh PH.

“Latheefa Koya harus disiasat dan dibawa ke muka keadilan sekiranya beliau bersekongkol dengan tindakan seperti yang dinyatakan saksi dalam Mahkamah bahawa Tan Sri Muhyddin menerima wang RM1.3 Juta. Latheefa Koya adalah orang politik pertama dilantik memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Ada banyak kes yang dibawa ke mahkamah terhadap UMNO dan membuktikan UMNO menang setelah prosiding berlangsung,” katanya.

Katanya lagi, satu Suruhanjaya yang bebas harus diwujudkan untuk menyiasat apakah sebenarnya terjadi semasa PH memerintah.

“Tujuan Latheefa Koya dilantik terbukti untuk melakukan siasatan terhadap musuh politik PH dan mengambil tindakan yang tidak berperlembagaan terhadap musuh politik, dakwa untuk membunuh karektor Politik BN.  Ketua SPRM sekiranya terlibat cuba untuk menyembunyikan fakta kes ini harus di kutuk sekeras-kerasnya dan dihukum dengan berat.

“Perlu cari punca bagaimana rasuah boleh dilakukan semasa PH memerintah. Adakah sebagai Ketua SPRM tidak mengetahui atau adakah fakta ini disorok. Ini semua akan membuktikan apakah tujuan sebenar Tun Mahathir melantik mereka yang memegang kuasa mendakwa sebagai orang yang harus melakukan tugasan membalas dendam terhadap musuh politik PH,” tambahnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.