UMNO Temerloh Terus Santuni Masyarakat Setempat – Sharkar

TEMERLOH, 19 Jun – UMNO yang sentiasa dekat dengan rakyat sememangnya satu ungkapan yang amat sinonim malah rata-rata masyarakat masih menaruh kepercayaan kepada parti berkenaan untuk menjadi mata dan telinga merka.

Perkara berkenaan dapat dilihat bukan sahaja menerusi media sosial malah dapat dilihat secara dekat bagaimana pimpinan UMNO menyantuni masyarakat setempat.

Di Temerloh sebagai contoh, Ketua bahagiannya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin sentiasa mendampingi penduduk dan pejabat beliau menjadi tempat untuk masyarakat mengadu permasalahan.

“Menyantuni pengundi di Pejabat UMNO Bahagian Temerloh. Hari ini ramai juga yang datang berjumpa. Dalam masa yang sama, saya berkesempatan menyampaikan surat lantikan kontraktor untuk bina baru rumah yang terlibat banjir. Sebanyak 26 buah rumah baru akan dibina,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau seterusnya berkongsi perkembangan semasa di kawasan berkenaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang.

“Kemudian menyampaikan cek Kerajaan Negeri Pahang kepada NGO, Sekolah dan individu bagi tujuan rawatan kesihatan, pembaikan infra serta perjalanan program. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh penerima.

“Saya juga dijemput untuk menyampakan Sumbangan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia Parlimen Temerloh yang melibatkan seramai 128 orang usahawan Tekun. Sebanyak RM3000 diberikan secara geran bagi mereka mengstrukturkan semula perniagaan masing-masing.

“Semoga dengan segala bantuan dan keprihatinan kerajaan akan dapat membantu masyarakat yang berdepan musibah dan sebagainya, insya Allah.” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.