UMNO/BN Terbukti Bawa Rekod Terbaik Tadbir Negara

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad berpandangan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) sudah membuktikan sebagai satu-satunya parti yang mempunyai trek rekod terbaik dalam mentadbir negara ini.

Jelas beliau, rakyat juga sudah menilai sebaiknya perkhidmatan terbaik BN sejak enam dekad berbanding parti lain seperti Pakatan Harapan (PH) yang gagal dalam menjaga kebajikan rakyat.

“BN sudah ada trek rekod yang telah mentadbir negara lebih 60 tahun banyak pembangunan dan faedah yang rakyat dapat berbeza masa 22 bulan yang telah dipimpin oleh PH kita tengok aset-aset Bumiputera, Tabung Haji dengan sewenang-wenangnya dijual.

“Inilah yang kita lihat di bawah PH macam-macam perkara yang berlaku… kita harap agar rakyat untuk menerima kembali BN kerana awal pun penubuhan Parti Perikatan ini diasaskan oleh tiga kaum UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India).

“Ketiga-tiga bangsa ini yang telah bersama-sama membangunkan negara ini dan rakyat dapat hidup dalam suasana aman damai tetapi apabila datangnya PH.

“Mereka ini tidak mementingkan rakyat malah melakukan apa sahaja asalkan memuaskan pemimpin mereka… jadi rakyat kena kembali memilih BN untuk menjamin kesejahteraan, kestabilan dan kemakmuran negara kita,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan juga turut menyifatkan perpaduan dalam kalangan ahli parti termasuk komponen BN berada pada tahap terbaik pada ketika ini.

Katanya ini kerana permuafakatan itu diperkukuh pada tiga himpunan besar yang telah diadakan pada tahun ini.

“Kita telah mengadakan Perhimpunan Agung UMNO, Perhimpunan Agung Khas UMNO dan juga Konvensyen Barisan Nasional melalui ini kita dapat melihat ucapan presiden yang berjiwa besar.

“Jadi kita berharap daripada atas hingga ke bawah supaya hormati kepimpinan parti terutama presiden dengan meletakkan kepentingan parti lebih daripada segala-galanya.

“Melalui kesatuan ini kita harap ahli-ahli parti ini dapat bersatu bila datang pilihan raya sama ada dipilih atau tidak yang penting adalah parti kita menang,” jelas beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Sa’adah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.