Layani Semua Lapisan Masyarakat, Kembalikan Malaysia Yang Berasaskan Kemajmukan

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa bentuk pentadbiran masa hadapan adalah kerajaan yang melayani semua agar masyarakat Malaysia yang berasaskan kemajmukan dan hidup dalam kesaksamaan dapat dikembalikan.

Katanya, setiap kumpulan sasaran mesti dilayani dan bukan hanya menetapkan di atas kertas dan dijanjikan sesuatu untuk diletakkan dalam manifesto bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU).

KUALA LUMPUR, 11 Jun–Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Wacana Aspirasi UMNO (WAU 2.0) yang diadakan di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.

“Aspirasi anak muda juga mesti diterjemahkan dan bukan hanya setakat untuk beli jiwa kerana mereka mahu melihat apa yang ada di depan mata apatah lagi setelah janji-janji yang diberikan kepada mereka ‘dicampak ke lautan’ dan dianggap manifesto bukan lagi ‘kitab suci’.

“Zaman kerajaan serba tahu telah berlalu … dulu kita kata anak muda adalah pemimpin masa hadapan tapi sekarang ini anak muda adalah pemimpin masa kini dan masa hadapan. Asalkan pemikiran kita relevan dengan keutamaan anak-anak muda maka pemberatan kepada keperluan itu haruslah disesuaikan dengan mereka,” katanya.

Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), pengundi muda adalah terdiri daripada 58 peratus dan mereka ini harus ditangani mengikut aspirasi dan keperluan yang mereka mahukan.

“Jika kita masih lagi gunakan acuan lama maka tempahan masa depan kita adalah ‘ke laut’ … maka kita mesti gali apa yang dimahukan oleh anak muda.

“Dulu kita pernah perkenalkan TN50 dengan lakukan perbincangan secara mendalam tetapi tak dapat dilaksanakan kerana landskap politik berubah namun kini perubahan akan kembali semula kepada kita maka kita perlu ada hala tuju untuk anak muda.”

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian Program Wacana Aspirasi UMNO (WAU) 2.0 anjuran Ibu Pejabat UMNO Malaysia yang bertajuk ‘’Cabaran dan Masa Hadapan Orang Muda’.

Dalam hal untuk mencapai kejayaan, Ahmad Zahid mengambil analogi pendakian yang dari jauh gunung yang bakal dinaiki nampak kehijauan tapi apabila didekati penuh dengan batuan yang licin dan tidak ramai yang dapat sampai ke puncak, ada yang sekadar di pertengahan malah ramai yang jatuh.

“Hakikatnya bagaimana penyesuaian aspirasi dengan kumpulan anak muda ini. Apa yang diperlukan oleh mereka?

“Pemikiran telah berubah mengikut zaman. Dalam keadaan itu, pola pemikiran berubah kerana kita guna acuan lama… lupa keadaan dinamik. Realiti di hadapan kita bahawa anak-anak muda telah kembali pada kita tapi dengan syarat apakah ‘the new deal’ untuk mereka.”

Beliau turun menyentuh berkaitan pengundi muda yang telah kembali memberikan sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Semua saluran anak muda kembali undi BN pada PRN Johor sebab mereka letakkan harapan pada BN,” katanya lagi.

Program WAU 2.0 anjuran Ibu Pejabat UMNO Malaysia diilhamkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hasil kesinambungan pelaksanaannya pada 11 Mei lalu.

WAU 2.0 yang diadakan di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn di sini membariskan panelnya yang terdiri daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker serta pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Mereka terdiri daripada Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MAYC, Mohd Al-Hafizi Abu Bakar dan Pemangku Presiden Belia 4B,
Fahami Ashrof Badaruddin dengan moderatornya ialah.

UMNO Online turut menyiarkan WAU 2.0 melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.