Ikuti Wacana Aspirasi UMNO Esok, Kupas Tajuk ‘Cabaran dan Masa Hadapan Orang Muda’

KUALA LUMPUR, 10 Jun – ‘Cabaran dan Masa Hadapan Orang Muda’ akan menjadi topik dalam Wacana Aspirasi UMNO (WAU 2.0) yang bakal diadakan esok di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn.


Program anjuran Ibu Pejabat UMNO Malaysia ini akan dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di samping panelnya yang terdiri daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta pemimpin-pemimpin NGO tempatan.

Mereka terdiri daripada Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MAYC, Mohd Al-Hafizi Abu Bakar dan Pemangku Presiden Belia 4B, Fahami Ashrof Badaruddin dengan moderatornya ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput untuk hadir bersama-sama bagi mengikuti WAU 2.0 yang akan bermula pukul 10.00 pagi.

UMNO Online akan menyiarkan diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.