UMNO/BN Temerloh Siapsiaga, ‘Dry-Run’ Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR, 5 Jun – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Temerloh sentiasa berada dalam siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dengan penglibatan menyeluruh jentera  setiap peringkat.

Menerusi catatan di Facebook. Penyelaras BN kawasan berkenaan, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata jentera    pelbagai peringkat Alhamdulilah telah berada dalam suasana yanng cukup baik dan  ‘mood” yang tinggi.

Malah beliau turut berkongsi pelancaran Dry-Run bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang dan DUN Mentakab pada Sabtu lalu  yang disertai jentera setempat.

“Pelancaran Dry-Run DUN Lanchang dan DUN Mentakab bertempat di Dewan Sri Lanchang. Alhamdulillah Temerloh sentiasa bersiapsiaga bagi menempuh pilihanraya PRU-15. Tahniah kepada semua jentera,” katanya.

Katanya lagi kesiapsiagaan cukup penting dalam usaha melancarkan.l lagi gerak kerja apabila berlangsungnya pilihan raya umum kelak.

“Temerloh sentiasa bersiap sedia untuk menempuh PRU.Insya Allah kita kekalkan semangat ini untuk terus melangkah,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.