PKR Tidak Relevan, Pemilihan Parti Pun Porak-poranda – Mutalif

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim menyifatkan PKR sebagai sebuah parti caca merba.

Katanya pandangan itu dilontarkan selepas melihat pemilihan parti itu yang dilaksanakan baru-baru ini.

“Negara kita ini berpaksikan kepada sistem demokrasi pilihan raya pakai manual pagi dilaksana undian keputusan selewat-lewatnya 1 pagi berikutnya sudah dapat.

“Cuba anda lihat berapa lama untuk pemilihan PKR ini? Sedangkan mereka gunakan elektronik, maka dari sini pun kita sudah boleh tengok.

“PKR tidak relevan kalau kita tengok cara pemilihannya porak-poranda,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Untuk rekod, pemilihan PKR telah dilaksanakan baru-baru ini namun pengumuman rasmi calon yang menang jawatan pada Pemilihan terbabit hanya akan dibuat semasa Kongres Parti Keadilan Rakyat yang berlangsung dari 25 hingga 26 Jun ini

Mengulas mengenai kemunculan semula Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden parti itu, Abdul Mutalif berkata ianya dilakukan demi kepentingan politik bekas ahli Parlimen Pandan itu sendiri.

“Dia timbul balik hari ini hanya untuk menjaga diri dan kroni-kroni sebab itu parti.

“Semua tahu ayat-ayat pembohongan dia sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kononnya hendak turun harga minyak, kos sara hidup tapi ianya tidak dibuat pula ketika mereka mentadbir,” katanya.

Abdul Mutalif juga malah berkata rakyat terutama golongan muda pada ketika ini sudah bijak menilai terutama selepas mengharungi 22 bulan pentadbiran PKR dalam Pakatan Harapan.

“Anak-anak muda telah sedar bahawa mereka ini ditipu, dipermain dan dipergunakan maka saya yakin dan percaya PRU15 akan menjadi penentu kepada rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.