Henti Eksport Ayam Keputusan Tepat, Harap Harga Kembali Normal… Tak Bebankan Rakyat – Zahida

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berharap harga dan bekalan ayam kembali normal selepas tarikh kuatkuasa larangan eksport ini.

Yang paling penting katanya ia mesti tidak membebankan rakyat selaku pembeli.

“Henti eksport ayam satu keputusan tepat namun harga di pasar mesti distabilkan,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya.

Tegas Zahida, Kerajaan tetap perlu mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan harga di pasar tidak membebankan rakyat.

“Dalam masa sama kerajaan mesti tegas dan siap siaga kemungkinan ada pengeluar tidak bertanggungjawab seludup bekalan ke negara jiran demi mengaut keuntungan tanpa memikirkan keperluan rakyat negara sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan Kabinet untuk melarang eksport ayam berikutan aduan pengguna mengenai kekurangan dan harga ayam yang tinggi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.