Cadangan Pembinaan Kuarters Pekerja Berpusat Kepala Batas Dibantah, Dikhuatiri Kebanjiran Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Roslan Saidin memaklumkan pendirian bahagian terbabit terhadap Cadangan Pembinaan Kuarters Pekerja Berpusat (Centralized Labour Quarters) di Kawasan Pembangunan Bertam Kepala Batas.

Katanya, UMNO Bahagian Kepala Batas mengambil maklum berkaitan cadangan Pembangunan Kawasan Perindustrian Berteraskan Teknologi Tinggi di tapak seluas 838 ekar yg terletak di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir , Bertam , Parlimen Kepala Batas.

“Pada Dasarnya UMNO Kepala Batas tiada halangan malahan menyambut baik cadangan tersebut kerana ia akan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda Kepala Batas selain peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan tempatan .

“Lagi pula di kawasan berdekatan sudah ada Institut Latihan Perindustrian (ILP) yg melatih tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan industri .

“UMNO Bahagian Kepala Batas juga ambil maklum Pembangunan Kuarters ( Penginapan ) Pekerja Berpusat atau Centralized Labour Quarters ( CLQ ) adalah di bawah Akta 446 ( Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja ) di bawah bidang kuasa dan kawal selia Kementerian Sumber Manusia ( KSM ).”

Namun begitu katanya, UMNO Bahagian Kepala Batas memandang serius berkaitan isu ini dan membantah cadangan pembinaan 7 Blok 10 tingkat dormitori pekerja-pekerja CLQ yg akan menempatkan ribuan pekerja-pekerja asing.

“UMNO Bahagian Kepala Batas khuatir kebanjiran ribuan pekerja-pekerja asing boleh menganggu gugat ketenteraman dan keselesaan rakyat tempatan yg sedia ada mendiami kawasan-kawasan perumahan & kawasan-kawasan perkampungan yg berdekatan.

“UMNO Kepala Batas berpandangan pembinaan CLQ di dalam kawasan tersebut amat tidak sesuai.”

Jelasnya, walaupun UMNO Bahagian Kepala Batas dimaklumkan cadangan pembangunan CLQ ini belum pun dikemukankan oleh pemaju kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk mendapatkan Kebenaran Merancang (KM), namun berpendapat adalah wajar untuk bantahan awal direkodkan terhadap cadangan Pembangunan CLQ di kawasan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam hantaran melalui Facebooknya sebagai bantahan awal agar cadangan terbabit tidak diteruskan demi kesejahteraan rakyat tempatan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.