Pindaan Perlembagaan UMNO Lancar Bukti Kesepakatan, Tolak Persepsi Ada Perpecahan Dalaman

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah berpandangan Perhimpunan Agung Khas UMNO yang lancar dan berjaya dilaksana memberikan signifikannya tersendiri buat parti keramat ini malah menolak persepsi yang dimainkan oleh suara-suara nakal berkaitan UMNO.

Beliau berkata ini kerana kesepakatan telah dicapai apabila kesemua perwakilan menyokong pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

“Ini menunjukkan kepada perwakilan UMNO dan juga rakyat di seluruh negara bahawa UMNO meletakkan keutamaan kita iaitu kestabilan parti, politik dan negara dengan meletakkan pemilihan selepas PRU.

“Tujuannya utamanya demi kemenangan parti untuk kembalikan negara ke landasan yang telah tertinggal sebelum ini.

“Pindaan Perlembagaan UMNO dibuat secara terbuka dan jelas melalui proses demokrsi termasuk perhimpunan khas ini yang membuat keputusan secara bersama. Ini menunjukkan tidak ada keretakan seperti persepsi yang dimainkan oleh suara-suara nakal,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Pendapat sama dilontarkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii Razlan yang meluahkan kesyukuran bahawa kesatuan ini memberi kelebihan kepada parti keramat ini.

Malah katanya ini menunjukkan UMNO berbeza dengan parti lain yang jelas menunjukkan pergolakan semasa mereka.

“Alhamdulillah UMNO telah melakar sejarah menunjukkan keseragaman di antara kepimpinan parti yang akhirnya bagi saya semangat yang perlu kita tunjuk kepada rakyat Malaysia bahawasanya parti politik ini tidak perlu bergaduh.

“… seperti terjadi pada parti pembangakang termasuk PKR yang bergaduh sesama sendiri, PPBM juga selalu bertembung di antara satu sama lain dan Dap juga yang sudah muak dengan parti mereka yang tidak berlaku keseragaman.

“Tidak ada lain bahawasanya UMNO sahaja parti yang cukup stabil dan bersatu untuk membawa mesej kestabilan demi mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil selepas PRU yang akan datang,” ujar beliau.

Terdahulu, perhimpunan khas yang berlangsung pada Ahad meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO.

Ia diluluskan selepas 2,586 perwakilan bersetuju untuk meluluskan usul yang dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong oleh Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.