Tiga Acara UMNO Berlangsung Serentak, WTC Jadi Tumpuan Ahli Parti

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur menjadi tumpuan hari ini apabila tiga acara berlangsung serentak iaitu Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-76, Perhimpunan Agung Khas UMNO serta sambutan Aidilfitri UMNO Malaysia.


Bermula seawal jam 10.00 pagi para perwakilan daripada seluruh negara membuat pendaftaran bagi melancarkan proses Perhimpunan Agung UMNO Khas yang antara lain untuk meminda perlembagaan parti berkenaan selaras dengan apa yang telah diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang lalu.

Pekarangan dan ruang legar aras dua mula dipenuhi para perwakilan selain para pendokong parti yang tidak mahu ketinggalan untuk turut sama mengambil kesempatan memeriahkan acara yang berlangsung khususnya sambutan ulang tahun UMNO serta jamuan Aidilfitri yang akan bermula pada pukul 4 petang nanti.

Acara rasmi dijadual bermula pada pukul 2.00 petang setelah para perwakilan memenuhi Dewan Merdeka dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Perhimpunan Agung Khas diikuti seterusnya proses pindaaan perlembagaan bermula.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membentangkan pindaan perlembagaan dan akan melalui proses seterusnya melibatkan para perwakilan.

Selesai Perhimpunan Agung Khas UMNO itu, majlis diteruskan dengan Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-76 dengan acara menaikkan menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ serta tayangan montaj khas Hari UMNO ke-76 dan seterusnya acara memotong pulut kuning.

Sejurus kemudian, majlis sambutan Aidilfitri UMNO pula menyusul dan tiga tempat utama disediakan iaitu Dewan Tun Razak tiga dan empat serta Dewan Tun Hussein Onn. – UMNO ONline

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/05/ATURCARA-PAKU-2022-B.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.