Selamat Bersidang, PAU Khas Lambang Perpaduan Dan Permuafakatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan penuh takzim mengucapkan selamat bersidang kepada para perwakilan pada Perhimpunan Agung Khas UMNO 2022.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berharap semoga detik bersejarah ini mencatat sebuah lagi episod kegemilangan buat parti keramat agama, bangsa dan negara.

“Saya dengan tulus ikhlas turut mengalu-alukan kehadiran semua pada Sambutan Hari UMNO Ke-76 seusai perhimpunan itu.

“Bersama jadikan perhimpunan dan sambutan kali ini sebagai jambatan untuk mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.

“Jadikan ia sebagai lambang perpaduan dan kemuafakatan kita. Bersatu teguh bercerai roboh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Perhimpunan Agung Khas UMNO yang diadakan pada hari ini adalah bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.

Ia selaras dengan beberapa perkara yang telah pun dimuafakati dan diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang lalu. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.