MN: UMNO/BN Tak Boleh Buang Masa, Terus Dekati Rakyat – Shamsul Anuar
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa UMNO/BN Tidak boleh membuang masa dan hadapi apa juga keadaan.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mahu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan memperkasakan Perikatan Nasional (PN).
“Pas mahu ini sebenarnya. Membaca kenyataan beberapa pimpinan Pas, agaknya ini kenyataan yang berterus terang. Pas mahu semua PN dan MN?
“Dah tu nak buat macam mana. PAU (Perhimpunan Agung UMNO) UMNO 2020 sudah buat ketetapan ‘No Anwar, No Dap, No PPBM’,” katanya dalam hantaran menerusi laman facebooknya berkaitan hal terbabit.
Selaras itu kata Shamsul Anuar, UMNO/BN perlu fokus dan susun strategi.
“Hadapilah apa keadaanpun. UMNO berjuang kerana agama, bangsa dan negara. Insya-Allah dekati rakyat. Rakyat akan bersama UMNO/BN,” katanya lagi. – UMNO Online