UMNO Terus Mara, Beri Sinar Kestabilan Perjuangkan Agama, Bangsa, Negara – Rosni

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia, Datuk Rosni Sohar berkata, UMNO terus mara memberi sinar kestabilan dalam memperjuangkan segala kepentingan dan aspirasi agama, bangsa dan negara di sebalik pelbagai kemelut dan pancaroba yang melanda negara.

Jelasnya dalam ucapan sempena ulang tahun ke-76 UMNO hari ini, tanggal 11 Mei merupakan tarikh keramat parti UMNO yang menjadi tunjang kepada wadah perjuangan bangsa Melayu.

“UMNO sebagai sebuah parti tertua di Malaysia, telah melalui sejarah yang panjang yang mendewasakan ahli dan pemimpin.

“Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat lihat UMNO tetap utuh di persada politik negara, walaupun telah diasak, diserang dan ditekan dari segenap sudut, khasnya pada pasca kekalahan besar pada PRU14 yang lepas.”

Selaras itu katanya, ia menginsafi betapa besarnya tanggungjawab UMNO kepada agama, bangsa dan negara.

“Marilah kita semua baik daripada akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan bersama-sama merapatkan saf, melupakan segala sengketa, bersatu dan bermuafakat demi kepentingan bersama.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.