UMNO Pernah Hilang Kuasa Tapi Segera Bangkit – Dr Najmil Faiz

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris melihat perjuangan UMNO yang ke 76 tahun membawa pengertian yang penuh bermakna buat seluruh ahli parti.

Jelasnya, walaupun UMNO pernah tewas pada pilihan raya lalu namun ianya tidak bermakna UMNO akan tewas selama-lamanya.

“Kita bertuah kerana menjadi sebahagian daripada parti yang hebat. Walaupun kita pernah hilang kuasa, namun tidak bermakna kita selamanya akan kalah.

“UMNO dapat bangkit dengan cepat dan membetulkan kesilapan. Kini, punca kuasa negara kembali ditangan pemimpin UMNO,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terangganu menjelaskan ahli UMNO harus segera belajar dari kesilapan lalu dan terus memperkasakan parti.

“Kita perlu sentiasa belajar dan memperbaiki kelemahan serta perkukuhkan permuafakatan.

“Perjalanan UMNO masih panjang lagi dan dengan izin Allah SWT, UMNO akan terus menabur bakti kepada negara. Selamat menyambut hari ulang tahun UMNO ke-76 tahun,” katanya lagi.

Untuk rekod, UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 demi menyatukan kaum Melayu menentang penjajah tanah air. Jasa dan bakti UMNO telah membawa negara ini ke arah kemakmuran dan kestabilan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.