BN Biarlah Dengan BNnya… Pas Sudah Ketepikan Warna Hijau Pilih Biru PN Lawan BN – Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersetuju dengan pandangan mengatakan penyatuan ummah adalah lebih besar daripada penyatuan politik kepartian atau kerjasama politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kenyatan tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan memaklumkan bahawa Pas sebahagian komponen Perikatan Nasional (PN) dan akan meneruskan agenda menggesa penyatuan ummah diteruskan.

Kata Shabery, medan tempur telah Pas dan Barisan Nasional (BN) lalui di Melaka dan Johor menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Betul saya setuju. Penyatuan Ummah Lebih besar daripada kerjasama politik. Pas sudah mengenepikan warna hijaunya sendiri memilih biru PN untuk lawan BN. BN biarlah dengan BNnya.

“Medan tempur telah kita lalui bersama di Melaka dan Johor. Kata-mengata, gelar menggelar sudah dilemparkan. No hard feelings. Nothing personal.

“Selepas itu masing-masing masuk office dan bermesyuarat bersama dalam sebuah kerajaan.”

Katanya, ulang balik di PRU15 dan kalau ada rezeki boleh duduk sekali lagi bersama dalam kerajaan.

“Khabarnya PPBM pun sedang cari khemah besar. Cari formula nak jadi PM ke-10. Mudah- mudahan Pas tak ditinggalkan. Kalau ada rezeki, tak kira dengan siapa, Pas tetap dalam kerajaan.

“Ummat tak pecah pun tanpa kerjasama politik. “Chill“, relaks dan sejukan hati…,” katanya dalam hantaran melalui laman facebooknya berkaitan hal terbabit. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.