UMNO Rakam Takziah, Ketua Bahagian Kuala Kedah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan dan ahli parti merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Hashim Jahaya yang telah kembali ke rahmatullah.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Pantai Johor, Alor Setar.

Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit