Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Zahid Hari Ini, Semua Dijemput Hadir

BAGAN DATUK, 7 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjemput semua untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau semalam, Zahid berkata majlis itu akan diadakan di Kompleks UMNO Bagan Datuk bermula jam 2.30 petang.

“Dengan berbesar hati saya menjemput semua untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis sambutan hari raya di Kompleks UMNO Bagan Datuk pada 7 Mei 2022 jam 2.30Petang.

“Semoga dengan kehadiran saudara dan saudari semua dapat mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahim dan memeriahkan majlis sambutan hari raya Bagan Datuk ini nanti Insya-Allah,” katanya lagi.

Menerusi hantaran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut melampirkan grafik jemputan di samping aturcara majlis.

Dijangka majlis terbabit akan bersurai pada pukul 5.30 petang.

Terdahulu, dilaporkan pada 30 April lepas kerajaan memaklumkan, semua yang meraikan Aidilfitri perlu mematuhi prosedur operasi standard terkini semasa Fasa Peralihan Ke Endemik dan digalakkan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal. – UMNO Online