Banjir: Onn Hafiz Rakam Penghargaan Sultan Johor Kurnia Sumbangan, Moga Semua Tabah

PONTIAN, 7 Mei – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merakamkan setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang berkenan mengurniakan sumbangan bagi membantu 31 keluarga mangsa-mangsa banjir di tiga Pusat Pemindahan Sementara Banjir di Daerah Pontian semalam.

Katanya, hujan lebat pada awal pagi di Pekan Nenas telah mengakibatkan beberapa rumah di kawasan seperti Kampung Paya Embun, Kampung Seri Gambut, Kampung Melayu Raya, Kampung Maju Jaya, Kampung Bukit Panjang, Kampung Parit Pasir, Kampung Jasa Sepakat dan Lorong Faizal dilanda banjir.

“Saya berkesempatan meninjau kawasan tersebut. Semoga semua tabah menghadapi dugaan ini,” katanya dalam kenyataan dalam laman facebooknya berkaitan hal terbabit.

Terdahulu dilaporkan hujan lebat yang berterusan sejak kira-kira 5.30 pagi pada 4 Mei lepas, telah menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Sri Segambut, Kampung Jasa Sepakat dan Kampung Bukit Panjang dinaiki air. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.