Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kekalkan Kawalan Kendiri – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri pada seluruh umat Islam di negara ini.

Katanya, walaupun kelonggaran telah diberikan bagi menyambut hari raya namun Standard Operasi Prosedur (SOP) tetap dijaga.

“Kepada umat Islam di Malaysia dan Keluarga Malaysia yang akan menyambut hari raya walaupun kebebasan, kelonggaran telah diberikan dari segi SOP tetapi ini adalah kuasa sendiri untuk mengawal jangkitan ini dengan memperketatkan kawalan kendiri.

“Selamat hari raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat sama ada di Malaysia atau pun di mana saja berada,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu turut menasihatkan agar rakyat terus menjaga kesihatan diri, keluarga dan persekitaran setempat.

“Saya doakan selain daripada kita bergembira dengan keluarga dan perlu menjaga kesihatan demi keselamatan keluarga kita. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.