Sambut Aidilfitri Penuh Kesyukuran, Hati-Hati Semoga Selamat Sampai Ke Destinasi – Sharkar

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap umat Islam di negara ini yang akan menyambut Aidilfiri nanti dapat menyambutnya dengan penuh kesyukuran setelah sebulan melalui madrasah Ramadhan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau yang juga Ketua UMNO Temerloh turut mengingatkan warga perantau agar berhati-hati di jalanraya semoga masing-masing selamat sampai ke destinasi.

“Kepada warga perantauan selamat pulang ke kampung masing-masing dan berhati-hatilah di jalan raya dan saya tahu bahawa kalau pulang ke pantai timur jalan agak sesak sedikit..bersabar dan pastikan bahawa bekalan mencukupi sepanjang perjalanan apatah lagi yang ada anak-anak kecil dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pemberian tol percuma sempena Aidilfitri.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan tol percuma dan langkah ini diharap akan melancarkan lagi perjalanan.

“Jadi jagalah keluarga dan selamat berhari raya di kampung halaman masing-masing. Kepada semua, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.