Rancang Perjalanan, Sambutlah Syawal Sebaiknya – Mohamad

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap umat Islam di negara ini yang akan menyambut Aidilfitri pada minggu depan dapat merancang serta membuat persiapan sebaiknya agar segala-galanya berjalan lancar.

Kata beliau kehadiran Aidilfitri yang disambut dengan keluarga tersayang sudah pasti memberi makna yang cukup manis dan amat besar kepada semua dan sama-sama berdoa agar segala amal dan sebagainya diterima.

“Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah swt kerana kita telah pun berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam iaitu menunaikan tanggungjawab puasa selama sebulan dan bersyukur kita kehadrat Allah swt panjang umur kita dan murah rezeki serta sihat tubuh badan kita dan kita sampai ke penghujung.

“Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat yang berada di tanah air dan juga di luar negara khususnya kepada warga UMNO di sleuruh negara,” katanya dalam perutusan sempena Aidilfitri.

Mohamad seterusnya berharap warga perantau yang akan pulang ke kampung halaman dan sebagainya supaya berhati-hati di jalan raya agar selamat sampai ke destinasi masing-masing.

“Marilah kita sama-sama meraikan hari raya aidilfitri ini bersama-sama dengan keluarga kita yang tersayang. Kepada mereka yang merancang untuk balik ke kampung destinasi masing-masing, berhati-hatilah semasa berada di jalan raya supaya kita dapat selamat sampai ek destinasi. Ambil peluang ini untuk kita eratkan silaturahim  menzirahi sanak saudara di samping kita dapat eratkan hubungan kekeluargaan. Saya sekali lagi ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidifitri maaf zahir dan batin,” tambahnya.-UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.