Kemeriahan Aidilfitri Disyukuri, Jangan Lupa Patuhi SOP – Norliza

KUALA LUMPUR, 30 April – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berharap umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri ini dengan kegembiraan di samping tidak melupakan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya ini kerana pematuhan SOP sangat penting bagi membendung penularan COVID-19 meskipun negara ketika ini sudah berada pada fasa peralihan endemik.

“Kita telah beralih kepada kepada fasa endemik maka kita dapat meraikan dengan lebih meriah… cuma dalam kemeriahan itu kita pastikan mematuhi SOP yang perlu diikut kalau ramai-ramai eloklah kita pakai pelitup muka.

“Kalau rasa tempat itu terlampau padat jangan pergi… sanitasi tangan sebelum makan atau pegang muka,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang berkata hari raya kali ini sudah tentunya memberi makna yang tersendiri apatah lagi masing-masing berpeluang menyambutnya di kampung halaman.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan  mendoakan pada tahun ini kita dapat berhari raya dengan lebih meriah memandangkan kali ini kita dapat semua pulang ke kampung masing-masing,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Sa’adah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.