Aidilfitri Bersama Keluarga Tercinta, Golongan Tidak Bernasib Baik Jangan Dilupakan – Ahmad Maslan

PETALING JAYA, 30 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memohon di sebalik meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga tercinta, nasib golongan yang kurang bernasib baik tidak dilupakan.

Katanya, bulan Syawal juga merupakan medium terbaik untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan serta mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.

“Kita telah menjalani madrasah Ramadan berpuasa sebulan, mudah-mudahan Allah memberikan kita keampunan dan keredaan serta kerahmatannya. Kini Syawal tiba dan kita berhari raya.

“Saya merakamkan ucapan selamat berhari raya kepada semua umat Islam dan masyarakat Malaysia. Sama-sama kita saling bantu pada yang memerlukan dan pada hari raya ini kita kunjung mengunjung antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Ahli Parlimen Pontian itu juga turut menyeru kepada rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO untuk sentiasa melayari portal rasmi parti, UMNO Online untuk mendapatkan maklumat sahih berkenaan perkembangan semasa parti keramat ini.

“Teruskan melayari berita yang sahih dan tepat kepada semua yang lain jika ingin dapatkan berita tentang UMNO dan juga tentang negara layari UMNO Online” katanya.

Berikut dua rangkap pantun diberikan kepada seluruh umat Islam yang menyambut Aidilfitri.

Daun selasih daun kayu,
Terima kasih, thank you.

 

Sungguh cantik baju kebaya,
Dipakai pula kain satin,
Selamat berhari raya,
Maaf Zahir Batin. – UMNO Online

Oleh: Nurul Sa’adah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.