Tidak Mustahil Muhyiddin Akan Khianati PH 2.0… Yakin Hanya BN Bela Rakyat – Hariri

KUALA LUMPUR, 27 April – Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor menegaskan bahawa rakyat mahukan negara ini stabil dari segi politik dan ekonomi negara terus melaju ke hadapan untuk dapat bersaing dengan negara-negara lain.

Sehubungan itu beliau yakin bahawa dengan parti UMNO/Barisan Nasional (BN) hal terbabit iaitu mengembalikan kegemilangan negara dari pelbagai sudut akan dapat dicapai.

“Rakyat amat mengharapkan satu parti yang dapat memberi kestabilan politik dan mengembalikan kegemilangan ekonomi negara ini dengan corak pentadbiran daripada pemimpin yang bermutu.

“UMNO/BN yang mampu dan mempunyai kualiti serta karaktor untuk mengembalikan kegemilangan negara di persada dunia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai maklumbalas kepada hasrat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor memaklumkan bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi memastikan BN berdepan saingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Beliau berpandangan parti-parti lain sekarang ini sukar mempercayai Presiden PPBM, kerana Muhyiddin telah mengkhianati semasa era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) 22 bulan.

“Ini kerana Muhyiddin telah mengkhianati perjanjian PH dan boleh dikatakan kebanyakkan pemimpin dari PPBM ini adalah pemimpin yang melompat dan tiada bermoral dalam politik.”

Katanya, Parti PPBM yang mula-mula mengkhianati gagasan parti campuran apabila Muhyiddin keluar daripada PH. 

“Dalam PPBM ini sebenarnya banyak terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen ‘lompat’ yang teruk dari segi moral politiknya di kaca mata rakyat.

“Kita tidak menolak kebarangkalian akan berlakunya PH 2.0 kerana DNA PH masih lagi kuat berada di dalam diri Muhyiddin Yassin. Apatah lagi beliau juga sedang gilakan kembali jawatan Perdana Menteri ini.”

Namun begitu katanya, pentadbiran 22 bulan menyaksikan rakyat hidup dalam tekanan.  

“Rakyat sudah serik ditipu dengan janji-janji manis dan kosong. Penipuan ini amat sinonim dan dekat dengan gabungan PH sebelum ini seperti PPBM, Dap, PKR, Amanah dan juga Warisan,” katanya ketika dihubungi oleh UMNO Online. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.