Hati-hati Memandu Pulang Ke Kampung Untuk Berhari Raya, Patuhi SOP – Fadwah

KUALA LUMPUR, 27 April – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fadwah Anuwar berharap umat Islam yang akan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing untuk berhati-hati di jalan raya.

Katanya, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga perlu diberi penekanan bagi mengawal penularan COVID-19.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia, yang balik kampung hati-hati di jalan raya tapi jangan lupa patuhi SOP… kita jaga kita,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pertengahan April memaklumkan berita gembira buat semua rakyat Malaysia kerana kesemuanya ‘bebas’ dan boleh pulang berhari raya di kampung halaman setelah dua tahun berdepan Printah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata ini selaras dengan keputusan negara memasuki fasa peralihan endemik pada 1 April lalu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.