Bantuan Prihatin Pahang Antara Agenda Berterusan Untuk Rakyat – Sharkar

TEMERLOH, 24 April – Pembelaan terhadap rakyat adalah agenda utama kerajaan negeri Pahang  dalam usaha memastikan mereka yang memerlukan pembelaan mendapat tumpuan  sewajarnya.

Bantuan Prihatin Pahang antara lain diharap dapat membantu golongan sasar sebaik mungkin dalam usaha memastikan nasib mereka terus terbela, kata Ketua UMNO Temerloh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

“Semalam berlangsung penyampaian  Bantuan Prihatin Pahang kepada Murid Darjah 1 Peringkat Parlimen Temerloh. Bagi DUN Lanchang melibatkan 300 penerima. Manakala hari ini penyampaian bantuan bagi DUN Kuala Semantan dan Mentakab dipecah kepada dua sesi yang melibatkan seramai 600 orang penerima dari DUN Kuala Semantan manakala 600 orang lagi penerima dari DUN Mentakab,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah Sharkar lagi, pemberian bantuan seumpama ini adalah berdasarkan kemampuan  kewangan kerajaan negeri.

“Pemberian Bantuan Prihatin Pahang dapat dilaksanakan berdasarkan keupayaan kewangan kerajaan negeri yang kukuh pada masa kini.

“Setiap hasil yang kerajaan negeri perolehi akan dipulangkan semula kepada rakyat dari pelbagai bentuk bantuan yang diperkenalkan,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.